Wednesday

Khas buat yg bernama Suami & Isteri

motivasi
motivasi
motivasi
motivasi
motivasi


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,semua itu tidak pernah saya perolehi.
Suami saya jauhberbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnyakurang. Dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yangboleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan sayamenemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hatisaya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki programtersebut."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat ditempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedaiy ang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yangsengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untukmenceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itutidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. "


"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."


"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.""Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuat kantintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapanAbang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedangberdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abangtidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagianya Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yangterkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.


Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulahcinta, di saat kita merasa cinta itu telahberansur-ansur hilang dari hati kita kerana kitamerasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam'bentuk' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'bentuk' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. Cubalah kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :)


*** wah.. touching siut! termotivasi plak rasenye. kredit to JJ for d email!

6 comments:

kakyang .. said...

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.""Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."


sgt tacing sehingga mngalir air mata ..

ira said...

sedihnya cite siti tu ek...terharu dah insaf aku.bersyukur dgn apa yg dikurniakan utk kite...hihihi..

Na Shari said...

Nangis saya baca cerita ni...

Tak kisahlah romantik atau tak...yang saya tahu, suami saya sayang saya kerana Allah...Itu dah memadai bagi saya...

JiEjAh_DeEn said...

pernah beberapi kali baca citer ni,mmg tacing tp selalu lupa bila kita tgh marah hahahaha :P

faiz's mommy said...

jiejah_dean- hahah! kite serupa! sbb tu kite perlu sllau bace cite2 mcm ni.. bg kite slalu beringat..

faiz's mommy said...

ira- heheh.. ako pon insap sekejap bc cite neh

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KELUARGA INI.