Wednesday

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1

SHAH ALAM 13 Ogos -Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.


Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan.

ape neh! napela org suke sgt ambik kesmptan..

3 comments:

Suzana Ikram said...

la ye ker..?? ingtkn betul la doa tu...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

salam..

biasalah lily, owg kapir nih mmg suka amek kesempatan. ptg ada peluang.

faiz's mommy said...

tu la.. dorang ni, pasal doa pon nak men2 kan.. x takut dosa agaknye

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KELUARGA INI.